Sulit
2 tahun
Gred…susah nafas kembung perut
Assalamualaikum…dr blh ke saya nk berenti makan ubt vencid?
Jadi Pening lemah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta perlu melakukan permeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum membuat keimpulan tentang penyakit anda. Anda hendaklah mengambil ubat tersebut mengikut arahan dan nasihat daripada doktor kerana setiap ubat-ubatan mempunyai cara kerja dan kesan sampingan yang tertentu.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.