
Sulit
4 tahun
Greentea hapuskan vitamin C?
Doktor, adakah benar greentea boleh menghapuskan vitamin c yg diambil dari supplements harian? Jika ya, bagaimanakah cara yg betul untuk consume greentea jika vitamin C telah saya ambil pada waktu pagi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, fakta yang diberikan iaitu green tea mampu menghapuskan Vitamin C dari supplemen harian adalah tidak benar.
Vitamin C dalam badan hanya akan berkurangan jika jarang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Anda diminta menjauhi orang yang memberikan fakta yang tidak berasas itu. Teh hijau mengandungi antioksidan yang boleh menambahbaik fungsi otak, menurunkan risiko penyakit kencing manis dan membantu mempercepat seseorang untuk menguruskan badan.
Anda boleh meminum green tea bila bila masa yang anda rasa sesuai.
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.