Sulit
2 tahun
Gugur gandungan 3 minggu
Hai doctor.saya mariammah.saya ada 3 anak. Umur anak yang last baru 9bulan. .now I mengandung 3 week. So now time saya taknak anak lgi. .sebab family saya susah sikit. .husband seorang saje kerja. .so I nak gugur kandungan…Saya nak makan ubat ape doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami situasi anda yang hamil dalam masa yang sama mempunyai masalah kewangan yang tidak kukuh.
Untuk pengetahuan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati. Anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara kepada doktor terlebih dahulu iaitu melalui konsultasi secara langsung dengan doktor.
Anda dilarang untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan dengan nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.