
hikaruhikari8
5 tahun
Gusi sakit dan bengkak selepas cabut gigi
Selamat malam doktor… Saya wanita berusia 26 tahun. Saya mengalami masalah gusi bengkak selepas mencabut gigi 2 bulan lepas… Gusi sakit di kawasan yg dicabut. Sakitnya berlarutan sampai ke kawasan leher dan telinga. Sya berkumur kumur menggunakan ortodox 3 kali shari. Tapi ia hanya meredakan kesakitan beberapa jam atau minit… Sy juga makan ubat than sakit tp kesannya hnya 2 hngga 3 jam. Apa yang perlu saya lakukan doktor?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- nanah/abses
- kesan sampingan ubat-ubatan
Memandangkan ini adalah masalah gigi, anda dinasihatkan untuk merujuk ke doktor gigi agar langsung dapat ditangani. Untuk berbincang dengan doktor umum, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.