Sulit

3 tahun

Gynocomastia lelaki huhh

Saya remaja lelaki tp puting dada saya timbul sejak baligh n sampai skrang masih belum surut lagy.puting tu timbul bkn biasa2 tp dgn kadar yg luar biasa kalau saya pakai baju mmg akan tertonjol.saya hilang self-confidence utk bergaul and utk keluar.sudah 4 tahun sye mnderita kekurangan jati diri ni n im looking for your answer doctor please.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan perihal yang anda terangkan, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah puting lelaki yang besar seperti Gynecomastia yang dihadapi sejak akil baligh. Untuk makluman anda, masalah puting lelaki besar boleh disebabkan oleh beberapa faktor:

  • Ketidakseimbangan hormon lelaki dan hormon wanita
  • Penggunaan steroid
  • Melakukan senaman yang tertentu
  • Lemak berlebihan
  • Pengambilan produk mengandungi soya yang berlebihan
  • Sesetangah ubat-ubatan

Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.

Dari segi pendapat pihak kami, kami sarankan anda untuk mencuba yang berikut untuk mengatasi masalah anda iaitu:

  • Banyakkan senaman seperti berlari, lompat tali, dan pergi ke gim
  • Kurangkan manis-manisan dalam makanan harian
  • Banyakkan makan-makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi fiber tinggi
  • Kurangkan makan makanan yang diproses
  • Kurangkan makanan yang mengandungi estrogen tinggi seperti soya dan kacang lima.
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi hormon testosterone tinggi seperti bawang putih, halia, makanan laut, bawang merah, dan minyak zaitun.
  • Gunakan makanan tambahan seperti halia dan kunyit dalam makanan.

Akhir kata, masalah yang anda alami ini juga boleh dirawat dengan kaedah ubat-ubatan serta pembedahan yang boleh dilakukan di hospital, tetapi dengan atas cadangan dan nasihat oleh doktor yang merawat anda. Selalunya, rawatan professional mengenai maslah puting ini hanya dibernarkan sekiranya masalah anda tersebut boleh mengganggu kesihatan anda secara am atau jika anda mempunyai penyakit kronik yang berkaitan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Doctor-Smiling

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)