
Sulit
4 tahun
Had umur untuk dapatkan hpv vaccine
Saya wanita berkahwin berumur 35 tahun. Adakah saya masih boleh dapatkan vaksin hpv?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, suntikan vaksin HPV disarankan kepada kanak-kanak umur 11-12 tahun. Namun, vaksin HPV boleh juga diberikan kepada wanita berumur tidak lebih 26 tahun jika tidak mendapatkan rawatan vaksin yang secukupnya. Jika wanita yang berumur 27 - 45 tahun ingin mengambil suntikan vaksin HPV tiada halangan namun ia memberikan faedah yang kurang kerana ramai wanita di golongan ini kemungkinan telah terdedah pada HPV. Anda boleh mendapatkan vaksin HPV di klinik dan hospital swasta.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan langkah yang selanjutnya. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.