
Sulit
4 tahun
Hai doktor,saya wanita berumur 23 tahun.saya ada masalah ketika buang air kecil
Dalam 2 bulan sekali saya akan mengalami sakit ketika buang air kecil.kadang normal.kadang sikit sahaja.kekerapan tu buat saya tak selesa sampai tak sempat ke tandas.tapi air yang keluar hanya setitik dua.sakitnya buat saya rasa nak menangis.saya pernah juga pergi klinik dua tiga kali untuk check.doktor kata air kencing saya dijangkiti kuman.ubat yang saya dapat hanya antibiotik.kaki saya juga cepat bengkak bila berdiri lama.saya selalu minum air masak.tapi bila ni terjadi saya risau fikir penyakitnya menyebabkan pekerjaan saya terganggu.saya juga risau kerana ibu saya mengatakan tu tanda masalah buah pinggang atau batu karang.apa perlu saya buat selain kerap ke klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit semasa kencing boleh disebabkan beberapa perkara. Diagnosis perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Antara punca sakit semasa kencing ialah:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Keradangan pada prostat ( Prostatis )
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan kulat
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
- Masalah pengsarafan pada otot pelvis
- Diabetes mellitus
- Jangkitan kuman pada buah pinggang
- Penyakit keradangan pada buah pinggang
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.