Sulit
3 tahun
Haid 14 hari, bagaimana cara untuk saya mengira kitaran haid semula?
Saya baru bersalin czer bulan mac, bulan may baru ni saya mengambil suntikan depo utk merancang. Namun baru2 ni saya telah haid, dan haid saya melebihi tempoh normal saya iaitu 7hari. Saya ingin tahu macam mana cara kira kitaran haid saya yg seterusnya? Saya berhenti haid pada hari ke13. Kemudian saya ada bersama suami, ada ka kemungkinan saya akan mengandung lg? Kerana saya tidak dpt kenal pasti hari subur saya dsebabkan kitaran haid saya melebihi dr yg biasa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah haid datang haid anda yang lebih lama daripada biasa dan bagaimana mengira hari subur anda. Saya akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, waktu subur biasanya berlaku pada pertengahan kitaran haid, iaitu antara hari ke 10-15 kitaran. KItaran haid anda pula dikira bermula hari pertama darah haid keluar sehingga hari sebelum haid bulan seterusnya datang. Oleh itu, tidak kira berapa lama tempoh darah haid anda turun, waktu subur anda ,masih dikira dari hari pertama datang haid, bukannya hari terakhir darah haid turun.
Berkenaan kehamilan, sekiranya anda melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan tidak kira pada tempoh subur atau tidak, terdapat kemungkinan untuk anda hamil.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai tanda tanda hamil atau mempunyai haid yang tidak teratur, sila rujuk doktor agar penerangan lanjut boleh diberikan. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap ini dapat membantu anda.
Terima kasih.




























