Sulit
6 tahun
Haid atau mengandung?
Saya berumur 34thn. Tarikh sepatutnya period adalah 1@2 hb setiap bulan tp pada bulan ni sy keluar spotting berwarna hitam dan ada lendir darah.terdapat tompokan darah warna gelap tapi tidak banyak hanya setompok dua dan on off… spotting pada hari pertama sepatutnya dtg haid…hari kedua keluar lendir hitan dan dan darah merah tua dlm jmlah sgt sedikit.malamnya tiada sebarang lendir keluar…pada hari ketiga keluar lendir hitam dan sedikit lendir berwarna merah gelap…sy mengalami cramp kaki dan sedikit diperut,juga sakit seperti senggugut tetapi tidak teruk serta sakit belakang dan rasa seperti ingin muntah(pagi dan berlaku pada hari ketiga).
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, darah yang keluar boleh disebabkan oleh haid atau implantasi janin atau masalah kesihatan yang lain. Konsultasi lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh terus ke klinik untuk pengesahan status sam ada anda hamil atau tidak. Anda juga boleh lakukan ujian upt sendiri setelah beberapa minggu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























