Sulit
2 tahun
Haid berpanjangan sehingga kini hari ke 14
Saya wanita yang berusia 24 tahun dan saya baru berkhwin pada 10/5 saya dtg bulan pada 11/05 sehingga 17/05 namum pada 26/05 saya sekali lagi datang bulan sehingga ke hari ini haid sayaa tak berhenti,adakah ia normal?? Saya ada prgi ke klnik untk mendapat kan rawatan namum doc ada bagitahu yang saya mengalami jangkitan kuman di belakang rahim , adakah ia normal akan keluar darah di faraj atau saya perlu jumpa lagi sekali doctor??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengalami gejala haid berpanjangan. dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih