Sulit
6 tahun
Haid berpanjangan selepas ikuti perancang keluarga
Hi, saya nur hazimah ada masalah haid yang berpanjangan selepas saya mengikuti perancang keluarga secara vaksin buat kali pertama. period pertama selepas stop merancang pada 27/8/2019 sehingga harini 23/9/2019 saya masih lagi period dalam quantiti yang tidak teratur dan warna darah juga masih merah, ada masa keluar ketulan seperti darah beku…adakah itu kesan sampingan yang normal selepas cucuk vaksin selama 3 bulan? dan rahim saya juga ada kala terasa nilu kesakitan . terima kasih harap sudi membantu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pertama sekali saya perlu memastikan perancang keluarga secara vaksin yang dimaksudkan puan samada perancang keluarga jenis suntikan atau implan.
Sememangnya perancang keluarga jenis suntikan boleh menyebabkan kesan sampingan pendarahan yang berpanjangan. Walaubagaimanpun, sekiranya puan tidak selesa dengan simtom tersebut, puan boleh menghubungi (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































