
Alda
6 tahun
Haid berpanjangan tapi keluar sedikit sahaja
Salam Sejahtera . Usia saya 25 tahun . Sudah berkahwin , Anak seorang .
Saya nak bertanya tentang Haid Berpanjangan tapi keluar sedikit Sedikit , bila buang air kecil keluar ketul ketul kecil . Sebelum ini haid sudah 3 minggu keluar , dan habis habis dalam seminggu . Haid muncul balik sampai sekarang hampir 3 minggu juga . Masih tidak henti lagi . badan makin lemah , penat , loya rasa nk pitam . Apa pendapat doctor ? saya mengalami sakit apa ini ?

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Penentuan pendarahan dengan objektif adalah sukar, tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita terjejas, ia diklasifikasikan sebagai menorrhagia. Ini termasuk apabila wanita perlu menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang melimpah mengotori kain atau tilam.
Terdapat pelbagai punca berlakunya pendarahan haid yang berlebihan. Antara punca yang sering berlaku ialah:
• Gangguan hormon yang menyebabkan pendarahan haid
• Polyp di pangkal rahim atau di rahim (Ketumbuhan bukan kanser dari rahim atau serviks)
• Endometriosis (tisu rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
• Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
• Kekurangan atau berlebihan penghasilan hormon tiroid
• IUCD (Alat pencegah kehamilan di dalam rahim)
• PCOS (Sindrom Ovari Polycystic)
Terdapat juga beberapa sebab yang jarang seperti masalah kelenjar pituitary, penyakit haji atau ginjal, penyakit darah, kanser endometrium dan TB endometrium. Sesetengah ubatan juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak seperti ubat mencairkan darah atau kemoterapi.
Diagnosa punca pendarahan berlebihan adalah sukar kerana senarai punca yang panjang. Sejarah pesakit akan ditanya oleh pakar wanita termasuk berapa tuala wanita yang digunakan sehari termasuk simptom-simptom lain. Ultrasound boleh mengesan fibroid, polip atau kanser dalam rahim. Rawatan adalah berdasarkan punca pendarahan anda.