
izaraabdullah9088
5 tahun
Haid berpanjangan tapi sedikit
1 saat
Saya wanita berumur 31 tahun…saya mule period 10 hari lepas selalunya haid saya sekutar 5 hari sahaja dan hari ke 6 dah mula kering…tp trip period bln ni agak pelik kerana dia datang dgn jumlah yg sedikit tetapi d hari ke 6 7 8 berwarna coklat pekat dan 9 10 warna merah cair dgn kuantiti sedikit.adakah saya perlukan rawatan dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami telah menjawab soalan anda di entri yang terdahulu. Untuk makluman anda, pendarahan haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Kanser rahim atau cerviks
Jika keadaan ini berterusan dan menganggu aktiviti anda, maka saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.