Sulit
3 tahun
Haid dah habis , tetapi selepas seminggu lebih , ada darah ketika buang air kecil dan lendir keputihan berdarah
Salam, Saya wanita berusia 25 tahun . Tinggi 171cm dan berat 94kg .
Saya ingin mengemukakan soalan berkenaan kondisi saya. Saya dah dtg haid pada 20 april 2020 dan tamat haid pada 26 april 2020.
Tetapi sudah 4 hari (6 mei 2020) , saya dapati bila saya buang air kecil , saya dapati ada ketulan darah dan sedikit mcm urat darah . Dan hari ini 9 mei 2020. Saya dapati saya punya keputihan seperti darah haid . Saya ada juga sakit peha belah kiri saya dan sakit belakang seperti datang haid. Tp kalau saya buat aktiviti seperti biasa tiada pula darah keluar cuma rasa sakit perut itu ada.
Adakah sebab kesan sy makan ubat darah tinggi (prazosin 1mg). Apa yg perlu saya lakukan? Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.