Sulit
3 tahun
Haid darah berketul
assalamualaikum , saya berumur 19 tahun dan baru habis berpantang selama 40 hari dan saya telah datang haid semula selepas habis darah nifas, sepanjang saya period, banyak keluar ketulan darah. sebelum2 ni jarang saya datang haid bersama ketulan darah. tapi kalini darah haid saya banyak dan berketul. jadi apa ya jawapan untuk itu?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Kami memahami bahawa anda baru sahaja habis berpantang dan mengalami masalah darah haid berketul.
Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadangkala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka. Darah beku ini disebabkan darah haid atau darah nifas yang telah terkumpul.
Jika anda mengalami simptom berikut, sila pergi ke fasiliti kesihatan dengan segera:
- Sesak nafas
- Pitam
- Pening kepala
- Kelihatan pucat
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.