Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid lambat 3 hari dan saya consume isotretinoin

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 18, 2021 3:57 PM

Sulit 59 hari

saya berumur 21 tahun , dan saya baru consume accutane & sexual active , bila bersama pasangan saya akan ambik pil perancang , period saya lambat tiga hari , boleh saya tahu accutane boleh efek cycle period atau tidak ?

Dr Sashini Seeni 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang lewat dan ingin mengetahui jika accutane boleh memberi kesan sampingan kepada kitaran haid. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.

Untuk makluman pihak anda, ubat Accutane mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai Isotretinoin yaitu sejenis retinoid. Accutane biasanya digunakan untuk merawat masalah jerawat yang parah dan tidak responsif. Accutane bekerja dengan mengurangkan saiz kelenjar sebaceous dan menghalang pengeluaran sebum. Dengan berkurangnya produksi sebum, pembentukan jerawat akan berkurang dan parut jerawat tidak akan terjadi.

Antara kesan sampingan yang sering terkait dengan penggunaan ubat ini adalah:

  • Erythema - kemerahan
  • Pengelupasan kulit
  • Sensasi menyengat
  • Gatal-gatal
  • Iritasi
  • Kulit kering
  • Tumbuh rambut berlebihan
  • Photosensitivity
  • Pigmentasi kulit
  • Masalah kuku
  • Peningkatan peluh
  • Ketidakseimbangan hormon

Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor untuk mendapatkan kepastian kerana haid yang lewat juga boleh menjadi petanda untuk keadaan seperti:

  • Tekanan emosi atau stress
  • Berat badan yang terlalu rendah
  • Policystic ovary syndrome
  • Fibroid dalam rahim
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
  • Gangguan hormon
  • Kehamilan

Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

Dikemaskini pada: Thu Nov 18 2021 15:57:59 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19