Anonymous
6 tahun
Haid lebih empat belas hari
Saya wanita berusia 25 tahun. Saya mengalami masalah haid berpanjangan sehingga lebih 14 hari. Bulan 7 2019 ni haif datang pada 8hb bnyk. Tp pd 9hb dan 10hb dlm masa 2hari stop sekejap. Then 11hb mlmnya sblum tidur dtg haid sehingga lah sekarang pada 23hb tak berhenti. Darah makin banyak. Berketul hitam. Adakah ia normal atau saya ada masalah dalaman ? Dan patut ke saya jumpa doktor? Dan if sy kena jmpa dktor sarankan doktor kerajaan atai swasta ya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berat badan berlebihan
Mengambil pil perancang kehamilan
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

































