
Sulit
4 tahun
Haid lebih tempohdan kesihatan merosot disebabkan anemia
hai,saya berusia 23 tahun dan masih belum berkahwin.saya merupakan pesakit anemia.namun sejak bulan lepas saya mengalami masalah haid yang tidak teratur.menyebabkan kesihatan saya semakin merosot disebabkan anemia.saya haid lebih dari 14 hari.sebelum ini saya juga datang haid dalam tempoh yang lama dan haid berhenti hanya lebih kurang seminggu dan haid semula.apakah boleh saya lakukan?perlukah saya terus ke hospital berdekatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan segera?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah ini atau sama ada anda menghidap kanser walaupun ia sangat jarang berlaku, maklumat lanjut,pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.