Sulit
6 tahun
Haid lewat tetapi upt negative
Saya wanita 30-an…kitaran haid saya normal 25-28 hari dan tidak pernah lewat…namun haid saya lewat untuk bulan ini selama 7 hari… saya sudah melakukan ujian upt sebanyak 3 kali pada hari yang berlainan tetapi keputusan upt negative… bolehkah saya makan ubat turun haid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehamilan
- tekanan emosi
- masalah pada struktur ovari, rahim, serviks
- gaya hidup yang aktif
- berat badan yang tinggi atau rendah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























