
Sulit
4 tahun
Haid pada hari pertama
Hai, Dr. Saya berumur 18 thn. Perkara ni baru first time saya kena saya period but period saya tak keluar darah cuma keluar lendir yang boleh dikatakan sgt sedikit. Plus, lenndir tu ada masa je dia keluar cnthnya pagi tu saya check mmg keluar lendir tompok ii darah lepastu then ptg tu pulak tak keluar lendir and tak de darah. Adakah perkara tu normal ??? Thank your for the feedback

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah keputihan, seperti:
- Radang organ pelvis
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis
- Jangkitan kelamin
- Vaginitis
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana sekiranya masalah tersebut mengganggu anda.
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya:
- Sakit perut
- Demam
- Gangguan haid
- Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga Terima kasih.