Sulit
3 tahun
Haid perlu berhenti makan pil perancang
Jika sy mengambil pil perancang berturut2,tetapi ketika haid saya berhenti makan seketika…haid yg ke-5 sy makan semula pil perancang…boleh ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk menjawab persoalan anda, anda dinasihatkan untuk meneruskan mengambil pil perancang kecuali anda mengalami kesan sampingan pil perancang tersebut.
Antara kesan sampingan pil perancang adalah seperti berikut:
Kesan sampingan yang lazim berlaku:
- Sakit kepala
- Rasa loya
- Sakit pada payudara
- Naik berat badan
- Rasa murung
Kesan sampingan yang jarang sekali berlaku:
- Pengurangan libido
- Muntah-muntah
- Cirit-birit
- Ruam
- Alahan yang teruk
- Bekuan darah(thrombus) dalam salur darah
- Migrain
- Discaj dari payudara atau faraj
- Ketumbuhan pada organ hati
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda masih mempunyai soalan berkenaan dengan pil perancang, anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat dan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.