
Sulit
4 tahun
Haid perpanjangan selepas keguguran
Hi doktor… Saya wanita berumur 27 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 9 bulan. Pada pertengahan Ogos, saya mengalami keguguran anak keduak dan menjalani peperiksaan bahawa kandungan saya 12 minggu. Selepas mengalami keguguran, semestinya mengalami haid setidaknya selama 1 atau 2 minggu. Tetapi haid saya sekarang ini sudah 2 bulan tanpa henti dan pendarahan yg sangat banyak serta ketulan. Saya sudah menjalani pemeriksaan bahawa rahim saya bersih dan tiada sisa. Boleh doktor memberi penjelasan cara untuk mengatasinya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan haid berpanjangan. Antaranya ialah:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!