
najuwaabdulhalim89
6 tahun
Haid selepas bersalin
Sy berumur 30’an. Sy bru lepas habis pantang pada bulan 5/3. Darah nifas saya berhnti pada hari ke 35 selepas saya bersalin. Pada hujung bulan 22/3 saya ada datang haid tetapi pada bulan 4 hingga sekarang saya tak datang haid. Saya buat pregnancy test tetapi negative. Adakah itu normal.

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Haid yang lewat untuk dua hari sahaja merupakan kondisi yang biasa. Punca utama haid yang tidak teratur adalah gangguan hormon di dalam badan kita. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mengganggu keseimbangan hormon di dalam badan dan keadaan ini boleh menyebabkan haid yang lewat. Tekanan emosi, stres, kurang tidur, letih, makan tidak mencukupi, jadual makan yang tidak tetap serta susutan atau tambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan haid lewat untuk beberapa hair dan perdarahan haid juga mungkin akan bertambah atau berkurangan.
Jika anda masih risau tentang keadaan haid anda, atau jika anda mengalami gejala lain seperti perdarahan haid yang banyak, perdarahan faraj yang tidak menentu masa, demam panas atau sakit senggugut yang serius, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.