Sulit

6 tahun

Haid sikit dan setiap hari

saya perempuan berumur 22 tahun, saya mengalami masalah kitaran haid dari mula datang haid (form3)… dulu masa sekolah 2-3 atau 3-4 bulan sekali baru datang haid…pernah paling lama haid tidak datang dalam 6-7 buan… saya pernah membuat rawatan di hospital dan klinik kesihatan… tapi tak dapat result sbb selalu ada masalah drag pemeriksaan… bila saya mula masuk universiti, setiap kali datang haid, pendarahan tersangat banyak sampaikan terpaksa menukar pad overnight 2-3 jam sekali…

tapi dalam masa setahun ni, saya mula tak datang period lagi… kalau ada pendarahan pon, sangat sedikit yang mana saya hanya pakai pantiliner je dan ianya tak penuh… tetapi sejak kebelakangan ni, masalah ni terjadi dan pendarahan berlaku hari-hari yang mana saya confuse haid saya pada waktu bila sebab nak solat terpaksa tukar seluar dalam setiap kali nak solat…

pendarahan yang saya alami setiap hari sekarang sangat sikit, berlendir,kadang-kadang rasa sakit(rasa mencucuk) di bahagian alat sulit dan bawah perut… saya ada layari internet untuk cari punca yang mungkin saya hadapi antaranya stress, masalah hormon… mengandung takkan sebab saya tidak pernah melakukan hubungan sex… saya khawatir seandainya saya menghidap kanser atau sakit yang kronik…

saya inginkan pendapat dan pencerahan dari doktor sebelum saya berjumpa doktor pakar sekiranya saya mempunyai masalah yang kronik… terima kasih doktor…

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, samada pola haid yang diluar kitaran normal 28 hari ataupun perdarahan haid kurang 2 hari atau melebih 8 hari, keduanya juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal ( abnormal uterine bleeding ). Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Masalah ovulasi
  • Fibroid dan polip
  • Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
  • Gangguan pendarahan
  • Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
  • Keguguran
  • Kehamilan ektopik
  • Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim

Oleh kerana haid tidak teratur dapat disebabkan oleh bermacam penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor tentang maklumat lanjut ataupun klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

womenshealth

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)