
Sulit
4 tahun
Haid tidak datang dua bulan. Pernah melakukan hubungan intim
Saya wanita berumur 19 saya tidak datang haid selama dua bulan pernah saya melakukan hubungan intim keluar darah lepastu takde berterusan adakah ia tersumbat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid datang lewat. Untuk makluman anda, keluar yang dinyatakan oleh anda diruangan soalan bermaksud sama ada anda cedera di bahagian faraj ataupun selaput dara anda koyak semasa penetrasi. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah lewat datang haid:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah haid datang lewat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Sekiranya anda ragu-ragu tentang kondisi anda, sila ke klinik untuk lakukan ujian kehamilan lain dan pemeriksaan lanjut. Saya tidak boleh memebritahu anda hamil atau tidak tanpa pemeriksaan fizikal.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.