
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur dan masalah hyperhidrosis
berumur 20an. menghidap hyperhidrosis dan sedikit thyroid. Sejak awal haid mmg kitaran tak teratur. tp makin merisaukan semenjak 2-3 tahun bila sy perasan setiap tahun sy dapat puasa penuh. Semasa 16 thn sy ada jalankan rawatan hyperhidrosis dijalankan mmg doc ada ckp normal kalau kitaran sy tak teratur… tp perlu ke sy risau wpun takde rasa sakit di mana2 bhgn tapi haid tidak datang selama 4-6 bulan bg setiap tahun? sy belum berkahwin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.