
lifoong1992
5 tahun
Haid tidak teratur.. Darah sdikt
Saya wanita umur 27… Dh kahwin 1 years 7 months … Memang Haid i tidak teratur… Kdg2 after 2 or 3 months bru kluar… Kdg2 2 bulan mcm normal… Mcm sblum nie bulan jan haid kluar… Feb x kluar… mac 14/3 kluar… And Last haid 25/4 … Tidak ada tanda2 hamil… But baru seminggu ni payudara ad sakit sikit bila sentuh, cramp perut n sakit pinggang oso… Then after 1 week Masalah sya plk klu masa kencing tu adelah dia kluar cair . kdg2 tk de… Kdg2 masa buang kcil ade bersama lendir2 sdikit… Bila pakai pad dia x kluar langsung… Almost 5 days 17/7 start until tdy … but cramp perut dh kurang sikit … Sakit pinggang n payudara ada lagi… Adakah ni normal or tanda tanda nk haid??..

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.