Sulit
2 tahun
Hamil 4 minggu upt positif dan beberapa hari kemudian negatif.adakah hamil atau gugur?
Pada 14/8 saya cek upt dan positif.tanda2 hamil semuanya ada.cepat letih,tak boleh diri lama dan akan pitam,rasa mual,loya,tekanan darah rendah.semalam saya ke klinik untuk cek semula kerana selepas saya pergi kedai makan yang dekat dan balik je kedai makan saya rasa sakit perut dan keluar sedikit darah.kemudian automatik semua rasa pening,loya bertukar seperti biasa.petang tu sy ke klinik dan doktor kata upt sy negatif.doktor cadangkan buat ujian beta hcg dan masih menunggu keputusan.adakah betul saya hamil dan keguguran?sebab menanti anak ke dua selama 12 tahun.yang peliknya automatik rasa hamil semua hilang, dalam perut seperti ada janin,payudara membengkak terus hilang rasa semuanya.
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Selain itu, sejarah kitaran haid perlu diketahui dengan lebih lanjut supaya punca utama gejala anda dapat dikeahui dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan pengesahan kehamilan dapat dibuat terhadap anda.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.