Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Hi, selamat petang. Saya wanita berkahwin, berusia pertengahan 20an. Sebelum ni saya hamil selama 7 weeks tapi keguguran pada 11 Februari lepas dan baru saja haid pada 19 Mac lepas. Tapi selepas saya memeriksa alat uji kehamilan semalam, saya mendapati ada 2 line. Kerisauan saya sekarang adalah, adakah saya berisiko untuk keguguran lagi dan adakah boleh sekiranya saya dan suami bersama pada awal kehamilan? Apakah risikonya? Terima kasih doktor.
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang risiko keguguran secara berturut-turut. Untuk pengetahuan anda, peratusan keguguran kali kedua selepas keguguran kali pertama adalah kira-kira 20%. Anda boleh meminimakan peratusan ini dengan menjalani pemeriksaan secara berkala untuk memastikan kesihatan diri dan bayi dalam rahim anda.
Hubungan dengan suami dalam tempoh kehamilan adalah diterima namun risiko beberapa isu ini perlu diambil kira.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.