Sulit
3 tahun
Hamil tapi period datang setiap bulan
Hi doc, saya ingin bertanya… saya ade test pregnet test sebelum due date period positif, taklama dlm 2/3hri gitu darah haid keluar, selpas habis darah haid sy test pregnat tapi agak kabur sikit, psto period dtg setiap bulan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, kenyataan yang anda berikan adalah kurang jelas dan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anda diperlukan. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan mengapa kit ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif, seperti:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
Keputusan yang positif juga tidak bermaksud anda hamil. Ia juga boleh disebabkan oleh sebab yang disebutkan di atas ataupun yang tidak kami sebutkan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan pengesahan kehamilan dapat dibuat. Rawatan akan diberikan sekiranya perlu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.