
Sulit
3 tahun
Hari keberapa sesuai check upt.. adakah hari kelima lewat haid sesuai atau terlalu awai.. boleh bantu saya?
Saya wanita berumur 25 tahun… hari keberapa sesuai test upt… sy 5 hari lewat haid test negatif result…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keputusan ujian kehamilan negatif, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Anda masih risau tentang haid lyang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kebiasaannya ujian kehamilan dilakukan selepas 6 atau 7 minggu dari hari terakhir seseorang datang haid. Sekiranya keputusan masih negatif walaupun ujian kehamilan telah dilakukan buat kali kedua, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.