
ida.nadine
4 tahun
Heavy flow period selepas keguguran
Assalamualaikum. hi doctor. sy keguguran kandungan 14weeks on 4/7/19. Darah nifas sy keluar sehingga 40hari. seminggu before that keluar hanya pink2 coklat (seakan2 warna coklat habis period) but suddenly hari ke41 keluar darah semula. tp darah yg keluar banyak sangat. berketul2,dan keluar dengan deras. hari ni masuk hari ke 3 sy period.
Persoalan sy
- adakah itu darah haid atau darah nifas
- adakah normal darah nifas belum bersih sepenuhnya tp terus period?
- adakah normal darah period selepas keguguran akan byk?sakit perut mcm period pain sahaja
- adakah period ini akan keluar lama lebih dari 7 hari? period normal sy hanya 5-6hari sahaja.
5)perlu ke sy berjumpa dgn doc?
Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, kemungkinan darah yang keluar itu masih darah nifas. Kebiasaannya, darah nifas akan keluar lebih banyak dan lama selari dengan usia kandungan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.