Sulit
5 tahun
Herpes genital di alat sulit wanita
Saya seorang pelajar wanita 20an mengalami masalah herpes genital . Mengakami
Kegatalan di alat sulit . Apakah nama ubat sapuan yang bagus untuk dibeli di farmasi untuk mengurangkan rasa gatal dan melepuh ini . Saya bingung . Adakah harganya mahal ?? Saya juga malu untuk membeli ubat itu di farmasi
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasakan keterangan yang anda berikan, kegatalan serta bintikan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV - ketuat
- Vaginosis bakteria
- Jerawat - akibat perubahan hormon
- Jangkitan kulit seperti sellulitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































