
asyrafhashim84
6 tahun
Hilang kawalan ereksi menyebabkan ejakulasi pra matang
Saya lelaki 35tahun telah berkahwin hampir 7 tahun dan mempunyai 3 orang anak.
Sejak kebelakangan ini, saya mendapat masalah yang merunsingkan apabila saya hilang kawalan ereksi setelah ereksi berlaku dalam masa lebih kurang 5minit apabila bersyahwat dan lebih ketara saya hilang kawalan ereksi ketika di kemasukan.
Saya cuba mengawal pernafasan agar saya lebih tenang namun saya tetap tidak dapat mengawal ereksi tersebut dan mengendur walaupun saya dalam keadaan masih bersyahwat.
Selanjutnya, setelah cubaan demi cubaan dengan mengawal pernafasan, saya rasa saya hanya sedikit berjaya mengawal ereksi dan melakukan kemasukan, saya mengalami ejakulasi pra matang.
Saya telah mengalaminya sejak 6 bulan kebelakangan dan semakin ketara sejak dua bulan kebelakangan ini.
Apakah nasihat doktor?
Saya adalah seorang pemalu dan juga sedar saya seorang yang mempunyai ego tinggi, jadi saya memang sukar untuk merujuk kepada pegawai perubatan secara bersemuka untuk mendapatkan rawatan.
Apakah terdapat cadangan cara rawatan yang boleh dilakukan secara kendiri (selain daripada memulihkan emosi dan menhindari stress), yang boleh doktor kemukakan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah ejakulasi pramatang adalah salah satu masalah kesihatan yang dialami dalam kalangan lelaki berumur kurang 40 tahun. Kebanyakan penghidap masalah ini adalah disebabkan faktor psikologi atau emosi dan bukan berkaitan dengan masalah kesihatan tubuh atau organ seksual itu sendiri.
Antara faktor lain ialah panik, gugup, obesiti, gaya hidup tidak aktif, merokok, dan lain2.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
- kurangkan kekerapan masturbasi
- tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana kitaran ini akan berterusan.
- amalkan gaya hidup sihat
Untuk rawatan dengan pil atau ubatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!