Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hilang suara tiba tiba

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 12, 2021 1:06 PM

Sulit 7 hari

Saya wanita berumur 23 tahun dan baru pulang daripada Pulau Pinang kelmarin . Saya tidak mengalami demam selsema dan batuk . Tapi pada petang tadi tibatiba saya suara saya menjadi serak . Adakah saya mempunyai simptom² covid .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 7 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham kerisauan anda mengenai masalah yang anda sedang hadapi. Namun begitu, berdasarkan kenyataan anda di dalam ruangan soalan, maklumat lanjut lebih diperlukan untuk mengetahui masalah anda.

Berikut merupakan antara beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami masalah hilang suara secara tiba-tiba:

  • Radang faring (pharyngitis)
  • Menggunakan suara terlalu kasar seperti menjerit
  • Terdedah kepada habuk atau bahan pencemar udara yang lain
  • Reaksi alahan
  • Refluks asid atau GERD

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kerana hal ini memerlukan perhatian dengan segera.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Berikut merupakan sedikit penerangan berkenaan COVID-19:

Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.

Anda disarankan juga untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jan 12 2021 13:06:13 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Symtom Covid-19, Perlu screen test? Hi, saya ada membuat perjalanan pergi dan kembali dr Johor ke Klang pada 8 Januari 2021. Pada malamny sy rasa nak demam, tp sy masih positif sbb mungkin penat. Esoknya sy elok tetapi malamnye ra… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Hubungrapat dengan Pesakit Covid-19 Anak saya telah membuat kuarantin kendiri sejak 10 hari yang lepas apabila mendapat tahu rakan sekerjanya disahkan positive covid-19.Sehingga kini pihak KKM tidak menghubungi anak saya untuk me… Baca lagi...
22 jam
Sulit
Perlukah saya pergi ke klinik dahulu untuk mendapatkan tindakan seterusnya sebelum saya melakukan swab test covid hi dr. saya ada simptom covid macam selesema dan sakit kepala . untuk confirmation , perlukah saya cek di klinik dahulu sebelum buat swab test? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Mengenal pasti simptom covid19 Hi doctor…last sunday saya telah menjalani ujian saringan covid19 kerana salah seorang rakan pejabat saya di sahkan positif. Tetapi result saya negetive. Sekarang saya sedang menjalani kuarantin… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Keputusan covid 19 negative tp ada symtom saya baru saja menjalakn test covid 19 dan keputusan negatif.alhamdulillah. Cuma sekarang saya batuk, selsema dan demam on off. adakah perlu saya perlu melakukan ujian sekali lagi? dan prlukah… Baca lagi...
3 jam