Sulit
3 tahun
Hipper tyroid sdh dua tahun
Saya wanita umur 45 tahun mempuayai masalah hipper tyroid sdh dua tahunapakah ubat yg sesuai untuk saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, rawatan masalah hipertiroid adalah seperti berikut:
Carbimazole- untuk mengawal tahap hormon tiroid
Propanolol untuk merawat gejala degupan jantung laju
Pembedahan
Rawatan iodida radioaktif
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. **Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.