
Sulit
4 tahun
Hiv boleh reaktif ke jika ada jangkitan bakteria atau radang panggul
Sy didagnos radang panggul dan risau jika test hiv akan reaktif sbb sering demam on off dan sakit pinggang … persoalannya jika sy buat hiv test adakah jangkitan bakteria yg sy alami itu akan membuat keputusan menjadi reaktif?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan ujian HIV hanya boleh mengesan antibodi yang spesifik untuk virus HIV. Secara amnya, ujian HIV tidak sepatutnya mengesan antibodi lain, namun keputusan positif palsu boleh berlaku kerana mengesan antibodi jangkitan lain.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keputusan positif palsu pada ujian HIV:
- Kerosakkan pada ujian HIV
- Kesalahan membaca keputusan ujian HIV
- Masalah teknikal
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.