
Sulit
4 tahun
Hiv p24 antigen not detected
Apa maksud ujian diatas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, HIV p24 antigen not detected bermaksud antigen p24 HIV tidak dapat dikesan.
Antigen p24 mungkin tidak dapat dikesan dengan mudah (terutamanya pada jangkitan asimtomatik) kerana kepekatannya dalam serum mungkin rendah kerana replikasi virus yang rendah. Ujian antigen tersebut tidak sensitif, hanya dapat mengesan sekitar 10 pg / ml antigen p24. Kuantiti atau jumlah antigen ini mungkin tidak terdapat di dalam serum individu yang dijangkiti, walaupun virus itu aktif mereplikasi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.