Sulit
2 tahun
HIV status dan majikan
saya ingin bertanya, jika saya dapat tawaran bekerja di syarikat yang besar dan mereka mempunyai insuran untuk pekerja, dan meminta medical test apabila bermula bekerja , adakah status hiv( positive and undetectable) saya akan di laporkan kepada majikan saya ?
atau ada undang undang di Malaysisa yang melindungi hak privasi pekerja ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Medical Check-Up ataupun Pemeriksaan kesihatan adalah prosedur yang perlu dibuat bagi semua individu sebelum memulakan pekerjaan. Basic Medical Check Up tidak boleh mengesan HIV. Sekiranya anda ingin membuat ujian HIV, anda perlu memaklumkan kepada Doktor sewaktu pemeriksaan kesihatan dijalankan.
Mengenai pertanyaan anda tentang status HIV, ianya bergantung kepada jenis medical check up yang anda lakukan. Anda boleh dapatkan kepastian mengenai perkara ini dengan doktor sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan kerana mereka yang akan mengeluarkan laporan kesihatan anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih