
Anonymous
5 tahun
Hubungan seks pancut awal
Sy lelaki b’usia 33 tahun.doktor bagaimanakah cara-cara utk sy hindari masalah pancut awal ketika bersama isteri selain urutan tradisional?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, anda mungkin mengalami masalah mati pucuk, masalah pancut awal juga boleh disebabkan oleh keadaan ini. Antara penyebab masalah ini adalah:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Rawatan fizikal termasuklah senaman-senaman seperti senaman Kegel yang dapat membantu otot pada bahagian kemaluan dapat dikawal supaya tempoh perhubungan dapat dilanjutkan supaya menjadi lebih lama. Untuk dapatkan ubat bagi ejakulasi pramatang anda perlu berunding/didiagnosi oleh seorang doktor.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.