
Sulit
4 tahun
Hubungan sex saya dengan isteri slalu sahaja tidak memuaskan disebab kan masalah pancut awal dari saya.. Sy Cuba ambil alternatif mengambil ubat seperti soloco Dan candy b.. Tetapi itu mungkin menjejaskan kesihatan saya
Sy lelaki umo 54 thn… Ada sakit hep c… Dulu disahkan ada hep c… Masa tu sex sy masih OK LG… Ada 1 ketika sy pengsan kerna kekurangan darah… Dan darah telah ditambah… Slepas itu bila lakukan hubungan sex sy sy mudah pancut awal… Perkara ini sudah 2 atau 3 tahun lalu hingga kini

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami tuan, umum harus mengetahui bahawa seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat “mati pucuk” adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.