Sulit
4 tahun
Hujung penis suami sakit
saya telah menjalani pembedahan histerektomi radikal. Kini suami mengatakan hujung penis sakit seolah tersekat di hujung vagina.
Adakah hujung vagina saya dijahit menyebabkan penis bergerak ke arah hujung vagina dan sakit?Mohon pencerahan.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa suami anda mengalami kesakitan pada hujung zakarnya dan anda juga pernah menjalani pembedahan histerektomi.
Apa yang dinyatakan perlu dinilai lebih lanjut dan perlu diketahui cara histerektomi dilakukan.
Jikalau ianya dilakukan melalui vagina,mungkin terdapat jahitan yang belum hilang dengan sendiri.
Namun demikian,masalah sebegini sangat jarang dan tempoh waktu selepas menjalani histerektomi sangat penting untuk mengetahui kemungkinan masalah sebegini.
Selepas pembedahan histerektomi seseorang kebiasaannya akan mempunyai simptom kekeringan dan rawatan atau krim hormon diperlukan .
Masalah yang dialami suami anda kemungkinan kerana kekeringan yang boleh mencederakan kulit zakarnya.
Anda boleh bercakap dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut mengenai masalah ini.
Buat sementara waktu anda boleh berehat daripada aktiviti bersama untuk mengelakkan lagi kesakitan yang dialami oleh suami .
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan
































