Sulit

2 tahun

Husband sy ada masalah pancut awal . Sy semua normal cuma cuma Perlu kurangkan berat badan .. Husband duda anak 1 dan semua salahkan sy sebab husband ada anak tapi DIORANG Tak tahu masalah . Rahim dalaman sy ok

Sy dan suami lama berkahwin . Suami dulu duda dan bekas peminum arak tegar … lepas kahwin Tak minum dah . Tapi merokok MASIH aktif . Dia ada anak 1 . Jadi sy ni bujang baru kahwin dgn duda tapi husband sy ni ada mslh cepat pancut . Semua salahkan sy sebab susah dpt ank dan Tak boleh salahkan suami sebab pernah ada anak . Sy haid normal tapi BMI skrg Naik la (tapi skrg dlm diet) . Dah berurut dan scan rahim sy normal . Sy nak zuriat . Husband ada mslh mcm tu . Ego lagi kononnya sy yg bermasalah . Sy Tak tahu nak buat mcm mna boleh tlong suggest sy nak buat apa doctor .

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.

Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !

Pada dasarnya bagi menilai kesuburan seseorang wanita kami perlu tahu sejarah kesihatan, kondisi saat ini dan juga pemeriksaan lain yang terkait dengan infertiliti semasa. Oleh itu saya sangat sarankan anda untuk kembali berjumpa doktor di klinik atau hospital yang berdekatan agar informasi yang diberikan lebih tepat.

Untuk pengetahuan puan, antara faktor risiko yang memainkan peranan terhadap kesuburan wanita lazimnya termasuk:

  • umur tua (35-37 tahun keatas)
  • sejarah merokok atau alkohol yang berlebihan
  • masalah berat badan atau obesiti
  • mempunyai sejarah seperti
    • operasi pada atau sekitar organ reproduksi wanita
    • haid tidak teratur
    • penyakit kelamin atau STDs
    • penyakit kronik atau neoplasma
    • gangguan kehamilan sebelumnya

Untuk pengetahuan anda juga, seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.

Antara faktor yang menyebabkan kemandulan lazimnya terdiri dari:

  • Faktor genetik
  • Faktor usia & hormon
  • Masalah psikologi
  • Kecederaan organ kelamin
  • Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf organ kelamin terjejas iaitu:
    a) Penyakit jantung
    b) Diabetes
    c) Obesiti
    d) Kolesterol tinggi
    e) Darah tinggi

Justeru, penyakit yang terkait dengan kemandulan lelaki antaranya termasuk:

  • gangguan sperma (i.e. oligospermia, asthenospermia, teratospermia, azoospermia, dll )
  • gangguan semen (i.e. aspermia atau kelainan semen yang lain)
  • mati pucuk
  • kelainan struktur zakar
  • dan lain-lain

Antara perkara yang boleh dilaksanakan sebagai usaha mencegah kemandulan pula termasuk:

  • Jauhi faktor risiko di atas (selain faktor genetik)
  • Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
  • Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
  • Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)

Namun perlu anda tahu usaha pencegahan lazimnya hanya boleh memainkan peranan

  • terhadap faktor risiko yang tidak terkait dengan genetik
  • untuk memperlambatkan gejala kemandulan akibat faktor usia
  • mengembalikan kekuatan batin pada golongan muda

Umumnya ejakulasi awal atau ejakulasi pramatang tidak semestinya menandakan gangguan kesuburan, selagi mana kadar sperma yang terkandung didalam air mani tersebut masih sihat dan dalam kuantiti yang sihat.

Yang pasti, pada masa kini, terdapat pelbagai usaha yang boleh dijadikan pedoman bagi menelusuri dilema kesuburan lelaki & wanita, justeru berbincanglah dengan doktor anda (bersama-sama suami) untuk mendapatkan saranan dan nasihat yang lebih komprehensif berkenaan rancangan keluarga dan kesihatan kesuburan anda sekeluarga.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

AdobeStock_223308475

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)