
Sulit
4 tahun
Hyperthroid selama setahun
Saya wanita 34thn menghidapi hyperthyroid setahun yg lepas dan masih mengambil ubat serta masih menjalani rawatan. Soalan saya adakah normal tekanan darah saya 157/92 bp 110? Sebab saya ada menjalani rawatan pada julai lalu dan dr yg merawat saya menyatakan ok sahaja. Sejak beberapa hari ini saya mengalami tegang di bhgn tengkuk. Adakah saya akan diberi ubat darah tinggi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah hipertiroid yang anda alami sejak kebelakangan ini.
Kami sarankan anda pergi berjumpa dengan doktor untuk masalah tegang di leher supaya anda boleh menolak sebarang kemungkinan masalah tiroid. Berkenaan tentang tekanan darah anda, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan yang sesuai.
Untuk makluman anda, rawatan yang digunakan untuk masalah hipertiroid terdiri daripada bahan yang menghalang tiroid kita untuk merembeskan hormon tiroid yang menjadi punca atas simptom-simptom yang anda alami. Namun, rawatan tersebut juga adalah berbagai dan bergantung kepada jenis masalah tiroid yang anda hadapi.
Oleh itu, pemantauan berterusan harus dilakukan untuk menggunakan rawatan yang khas untuk masalah hipertiroid anda. Ubat tersebut adalah ubat yang terkawal dan ia boleh membawa kesan sampingan yang berbahaya sekiranya ia diambil tanpa pemantauan dari doktor atau kakitangan hospital yang bertauliah.
Ubat ini juga tidak didapati di farmasi kerana ia memerlukan peskripsi dan pemantauan dari pihak hospital.
Oleh itu, doktor anda tidak akan memberikan ubat tersebut untuk penggunaan ketika dirumah atas risiko-risikot tertentu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.