SriDian

6 tahun

Ibu saya sakit tumit mencucuk, tiada kencing manis

Salam doktor. Soalan yang ingin saya ajukan berkaitan dengan sakit tumit ibu saya yang mecucuk-cucuk. Jika dilihat, kaki ibu saya kelihatan biasa tanpa ada tanda merah atau bengkak. Sakit mencucuk tersebut menyebabkan pergerakan berjalan, bergerak sukar dilakukan. Ibu saya pernah beberapa kali mendapatkan rawatan secara injection di hahagian tumit namun hanya mampu bertahan paling lama 2 bulan. Ibu saya tiada penyakit kencing manis. Apakah rawatan terbaik yang boleh saya dapatkan untuk ibu saya doktor? Adakah perlu untuk berjumpa pakar saraf? Terima kasih.

Salam dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Bagi sakit tumit yang dialami oleh ibu anda, adalah lebih baik untuk segera berjumpa dengan doktor kerana maklumat lebih lanjut diperlukan untuk mengenal pasti punca masalah tersebut.

Walaubagaimanapun, mengikut penerangan ringkas yang telah diberi oleh anda, saya dapat membuat andaian bahawa kesakitan yang dialami oleh ibu anda mungkin sekali kerana radang yang terdapat pada tisu yang menghubungkan tumit dan jari kaki ibu anda. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘plantar fascitis’ dan ia adalah sangat biasa berlaku.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan kesakitan ini berpunca daripada saraf yang terperangkap, sakit saraf dari diabetes, tulang tumit retak, artritis, jangkitan kuman pada tulang tumit, ketumbuhan dan lain-lain.
Untuk mengenal pasti diagnosis yang lebih tepat, anda disarankan untuk membawa ibu anda untuk mendaptkan konsultasi dari doktor yang boleh sekaligus melakukan pemeriksaan dan penyiasatan.

Rawatan bagi plantar fasciitis adalah senaman fisioterapi, mengelakkan dari memakai kasut yang rata, memakai kasut khas, mengelakkan dari melompat dan berlari, suntikan steroid dan pengambilan ubat tahan sakit.

Salam sejahtera.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tumit. Antara punca-punca tersebut adalah plantar fasciitis, Archillis tendonitis, bursitis, sakit saraf atau sakit sendi di kaki. Di Malaysia, punca utama yang menyebabkan sakit di bahagian tumit adalah plantar fasciitis. Di tapak kaki kita terdapat tisu yang berfungsi untuk mengekalkan bentuk kaki.

Plantar fasciitis atau radang fasia kaki merupakan sejenis kondisi di mana tisu fasia tapak kaki mengalami kecederaan dan kekoyakan. Keadaan ini akan menyebabkan keradangan dan kesakitan. Sesetengah pesakit akan mengalami bengkak di bahagian tumit. Kesakitan di bahagian tumit biasanya adalah paling serius pada waktu pagi semasa bangun dari tidur atau semasa anda berdiri atau bangun selepas anda duduk atau baring untuk masa yang lama. Merehatkan kaki biasanya akan melegakan kesakitan tersebut.

Terdapat pelbagai jenis punca yang boleh menyumbang kepada plantar fasciitis. Berlari, berjalan atau berjoging untuk masa yang lama boleh menyebabkan kondisi ini. Orang yang mempunyai kaki leper (flat feet, pergelangan kaki yang keras, otot betis yang lemah atau kaki yang tidak sama panjang juga mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini. Selain itu, orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau memakai kasut longgar dengan tapak nipis juga mudah menghidap penyakit ini.

Berdasarkan kenyataan anda di atas, ibu anda tidak mempunyai risiko untuk mengalami sakit saraf. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar ortopedik untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk ibu anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)