
Sulit
5 tahun
IgA nephrophaty dan Dilated cardiomyopathy
Saya menghidap penyakit igA nephrophaty setelah diagnos tiga tahun lepas. Baru- baru ini, saya membuat saringan utk penyakit tb Dan mendapati keputusan x-ray saya menampakkan bengkak di bahagian jantung. Adakah penyakit saya boleh menyebabkan jantung bengkak dan menjadikan keadaan saya lebih teruk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak dapat mengulas lebih lanjut tanpa laporan kesihatan anda. Penyakit jantung bengkak yang anda hadapi bolen menjadi teruk berdasarkan faktor kesan sampingan rawatan IgA nephropathy, masalah kegagala buah pinggang dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.