Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Infection breast filler

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2021 8:35 PM

Sulit 49 hari

Hi dr sy buat breast filler tepat seminggu timbul merah n breast keras sakit sy pergi tempat saya buat dia cakap saya kena infection n bernanah, then seminggu sekali dia rawat saya untuk bekam n buang nanah… ni dh masuk 3 bulan nanah dh xde cuma breast sy belah tepi ni tiba2 ada ketulan keras rasa sakit bila tekan… tapi tiada tanda merah kat kulit… tempat saya buat tu tebuk cuma keluarkan darah sahaja… tapi masih sakit lagi apa perlu saya buat ya? Kalau kena pergi hospital boleh ke teros pergi emergency? Sebab kalay saya pergi klinik biasa dr cakap dr surgery hospital je yang tau pasal breast kalau pergi klinik mana2 pun dr biasa tak tau melainkan surgery… dan saya dah 3 bulan tersiksa berpantang tak boleh makan telur dengan seafood​:sob:saya betul menyesL buat sebab saya tak tau infection macam ni teruk… memang nak kena pantang seafood & telur ke doktor?? Tolong saya pleaseeeee…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 49 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami anda mengalami breast filler infection dan bernanah untuk 3 bulan yang lepas. Nanah anda telah dibuangkan dan sekarang anda telah pulih dari jangkitan, cuma ada ketulan keras yang rasa sakit di belah buah dada anda. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, jangkitan breast filler biasanya akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu sekitar filler tersebut dan membentuk granuloma, muncul sebagai ketulan yang menyebabkan kesakitan pada payudara. Ketulan tersebut adalah sesuatu parut pada tisu sekitar breast filler akibat jangkitan.

Selain itu, anda tidak perlu pantang seafood dan telur, makanan ini tidak akan mempengaruhi masalah anda.

Namun, sekiranya ketulan anda tidak dirawat dengan baik, ia mungkin akan menyebabkan jangkitan atau bernanah semula. Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor pakar pembedahan atau pakar sakit puan dengan lebih lanjut untuk meneruskan rawatan anda. Anda juga boleh cuba pergi ke jabatan kecemasan hospital dan mereka akan merujukkan anda ke jabatan pakar berkaitan sebab doktor biasa tidak mampu untuk rawat masalah ini.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan.

Dikemaskini pada: Tue Oct 19 2021 20:35:21 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Bedah tentang sakit payudara secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19