Sulit
4 tahun
Ingin mengetahui Waktu subur isteri
Hai doktor nak tanya, bila kah waktu subur isteri jika haid isteri tamat pada hari ke lima… dan bila waktunya boleh bersama isteri untuk peluang mendapatkan anak…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, waktu subur seseorang wanita adalah berlainan kerana ia bergantung kepada tahap hormon dan kitaran haidnya. Secara amnya, wanita akan mengalami ovulasi atau waktu subur pada hari ke-14 kitaran haid sekiranya tempoh haidnya berlangsung selama 7 hari dan kitaran haidnya tetap selama 28 hari.
Anda juga boleh meningkatkan kekerapan waktu bersama dengan isteri terutama ketika menghampiri tempoh subur.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



































