fanmal7115
4 tahun
Ingin tahu waktu tepat untuk hamil
Doctor , saya ingin merangcang untuk hamil…tetapi saya tidak tahu mengira bila waktu yg tepat . pada bulan februari saya start menstruasi pada 18/2/2020-22/02/2020 dan pada bulan sekrng iaitu march saya staet mens pada 24/03/2020-29/03/2020 … Jadinya bila waktu tepat utk saya melakukan sex supaya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke12 hingga hari ke 14 daripada hari pertama haid. Untuk mengetahui waktu subur anda beberapa soalan seperti corak kitaran haid dan sebagainya harus ditanyakan untuk membuat kesimpulan tentang waktu subur dan nasihat doktor diperlukan. Anda boleh juga menggunakan kaedah mencatat suhu badan. Semasa ovulasi, suhu badan anda akan naik 0.5 ke 1.0 darjah celcius daripada yang biasa. Anda perlu mencatat suhu badan anda untuk beberapa kitaran haid untuk mencari coraknya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.