
mas_zaza90
5 tahun
Inguinial hernia (angin pasang)
Saya baru 2miggu selepas pembedahan inguinial hernia. Doc telah memasang mesh utk kuatkan otot saya dan menutup lubang tersebut.
Saya baru berusia 30thun dan ada seorg anak. Adakah dgn pembedahan ini saya akan ada mslh utk mengandunb & bersalin lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ia tidak menganggu sebarang proses mengandung mahupun bersalin memandangkan hernia adalah masalah usus yang terkeluar. Usus adalah sebahagian daripada sistem pencernaan sedangkan rahim dan ovari adalah bahagian dari sistem reproduksi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.